Tuesday, March 24, 2009

Panduan Penggunaan Racun Berdaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi membantu pengusaha baru dan peminat tanaman cili meningkatkan ilmu mengenai penggunaan racun, saya cuba sebaik mungkin untuk memaparkan bahan rujukan yang diharapkan dapat membantu anda semua.

Perkara penting yang anda perlu fahami.
1. Mula lakukan kawalan penyakit/ seranganhanya apabila terdapat tanda-tanda serangan melebihi tahap ambang aplikasi.

2. Jangan gunakan kadar yang lebih tinggi dari yang disyorkan.

3.  Utamakan penggunaan racun dalam kategori toksid keracunan rendah iaitu dalam kumpulan Kelas IV.

4. Jika rawatan/ semburan perlu diulangi:
i. Patuhi jadual kekerapan dan had maksimum penggunaan racun yang dibenarkan; dan
ii. Selang-selikan dengan penggunaan racun perosakyang mempunyai cara tindakan berbeza.

5. Penggunaan racun hendaklah dihentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil berpandukan kepada Tempoh Dilarang Mengutip Hasil.

6. Baca label racun sebelum guna dan patuhi segala arahan yang tercatat pada label.

Maklumat di atas adalah peraturan asas penggunaan racun. adalah diharapkan perkara asas ini dapat dipraktikkan. Maklumat mengenai penyakit dan racun akan disediakan secara bersiri. Nantikan keluaran siri tersebut.

Sekian, terima kasih, 

No comments: